"It's only when you risk failure that you discover things. When you play safe. you're not expressing the utmost of your human experience."
Lupita Nyong'o.
"Perghhh! Dah jadi blogger. Upgrade level lagi! " Komenter si polan merangkap mata-mata gelap. Kalau dia ni memang, asal gosip terbaru dan trending kita cari saja. Full version, completed A-Z kita diberi info. Aku tersengih. Cute sikit daripada kerang busuklah. Haha.
Tidak tahu mo balas dengan ketawa riakkah atau mau menangis meraung. Bukan apa, yang sekapal dan sekasut dengan aku tu fahamlahkan. Kalau yang zero ICT background macam aku ni godek-godek coding bagai sikap-silap boleh makan ubat darah tinggi. Kamu faham juga bah maksudku ni kan...
Kalau tidak ...nanti boleh pm tepi.Kupi-kupi kita.Aisey!Hahaha.
Tidak berniat merapu panjang kali ini. Cuma excited sebab baru siap poster tahniah saya ada domain blogger. Nah, hari ini dalam sejarah walau rakan lain tinggal kenangan lagi. Sebab mereka sudah duluan yang 1st Januari lagi post-post. Golongan slow rock macam aku ni ada time framenya sendiri. Chill bro! Hahaha. Ada penampakan cover line terserlah.
Mulanya, bila diseru untuk bangkit bina blog awal Disember, aku buat-buat juling mata. Tak nampak gitew. Sebab time tu busy tahap gaban dan point penting dark side malas dan risau aku mendominasi kotak fikir. Lemah! So, time tu aku shut down semua deria . Golongan suam-suam kuku macam aku ni biasanya bergerak bila dah ada orang tarik dan tolak.Aduhai...
Dijadikan cerita, aku nampak rakan sekufu aku mulai mengorak langkah. Ditambah lagi dengan racun-racun hebat yang diblast di group khas. Last-last, hatiku lembut dipinang harapan membara nekad ada domain blogger sendiri.
Awal pembikinan blog, aku diterjah stress melampau kerana tahap kerisauan yang banyak. Syukur selepas kelas khas bersama Yu Suffi dan bimbingan extra Cikgu Rita akhirnya wujud blog aku sendiri menjelang 7 Januari 2023. Selepas godek-godek blog dan lalui banyak drama kegagalan cubaan, akhirnya bertatih-tahih mulailah aku mengepost macam-macam bahan ikut suka hati.
Begitulah alkisahnya. Masih dalam proses belajar dan terus belajar ni. Biarlah gagal dan gagal lagi cubaan, akan jalan terus ni ikut pace sendiri.
Terima kasih atas sokongan dan bimbingan. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
Congratulation to my dearself...terus mencuba bangkitnwalau kerap tersungkur.
End of story.
12/01/2023@1:40 PM